Glitter Text

Friday, 10 April 2009

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan di 11, Jln Reko Sentral 9. Kajang oleh pihak pemaju telah dilakukan pada 21hb Feb 2009 jam 10.00 pagi. Maka tercatitlah sejarah kepada semua Penolong Pegawai Perubatan akan impian kita untuk memiliki bangunan profesion kita. Persatuan masih memerlukan RM 150,000 lagi untuk menyelesaikan baki harga bangunan tersebut. Sumbangan dari semua PPP masih diperlukan dan saranan ditujukan kepada PPP yang masih belum menyumbang untuk membuat demikian kepada pihak Persatuan. * Kepada semua PPP dan ahli keluarga yg ingin menyewa bangunan bagi menjalankan kegiatan ekonomi, sila hubungi pihak Persatuan . Kadar sewa Aras Bawah (Ahli MAMA/NUMA) RM 3,000 dan bukan ahli RM 3,500. Kadar sewa Aras 1 (Ahli-RM 2,000 dan bukan Ahli RM 2,500).

No comments:

Post a Comment

Radio Kedah FM online - Selamat Mendengar