Glitter Text

Wednesday 5 May 2010

Semoga cepat sembuh, Syeik Rusli

BERITA TERKINI ...Kami dapat tahu Syeik Rusli, Doktor telah sahkan ia mendapat Ca Lung stge 4, Admit di HUSM 6 may 2010, semoga kita kawan yg mengenali beliau sama mendoakan ia cepat sembuh..Amin. Bulan lepas saya telah berjumpa dengan beliau di Kuantan Pahang, semasa tu dia ok..saya jalan-jalan cari makan angin bersama keluarga saya. Kesempatan itu saya cuba bertemu dengannya di Kuantan , alangkah terkejutnya setelah hampir 14 tahun tak jumpa, dia peramah dan sihat gemuk sederhana, wataknya masih lagi sama dulu,, dia bawa saya jalan jalan pagi cari makan di worong dalam telok pantai..apa nama tempat tu lupa dah..

Apa pun tadi dengar berita kurang baik, dia ada di HUSM katanya di dalam peringkat stage 4, dia kata saya di worong makan (gambar diatas bulan 15Feb lepas) dia belanja tak kedekot..aku nak belanja dia kata tetamu kena layan.. kesihatannya ok masa tu...Tapi Tuhan Maha Mengetahui, apa pun kita doakan...dia cepat sembuh wahai sahabat kita.

SEMOGA ALLAH TEMPATKAN YG BERIMAN


Assalammualaikum semua...kami seluruh group satu Kolej PPP Alor Setar,merasa sungguh sedih dan terharu dan redha KehendakNYA diatas pemergian saudara kami TAUFIK MIDUN yang kembali kerahmatullah pada 4hb May 2010 iaitu semalam waktu rencana ini ditulis. Beliau merupakan seorang yang peramah, tak pernah marah , rajin, pandai dan kadang-kadang suka buat lawak. Sepanjang 3 tahun bersama dengannya Allahyarham tak pernah nak tengking, dan berkelahi dengan sesiapa pun..Kali terakhir beliau bertugas dihospital Jerantut pahang, apa yg didapat maklumat beliau mendapat penyakit paru-paru. Kami semua Halalkan semua jika ada sebarang kekasaran dan makam minum beliau kepada kami. Semoga ia dicucuri rahmat..AL FATIHAH ( Jika sebarang kawan yg baca blog ini sila emailkan kepada saya di kpppas.gmail.com sebagai gambaran kenangan bagi kawan yg rindu lihat wajahnya lebih kurang dari tahun 1996 lagi belum lihat wajahnya )

Friday 24 April 2009

Al-Fatihan Kpd Allahyarham Abdul Rahim

Kepada kawan kita semua pakat-pakat kita sedekahkan Fatihah untuk Abdul Rahim(Prof), Semoga Allah ditempatkan di tempat orang yang beriman. Beliau merupakan seorang yg senyum selalu, dalam kelas dia yg amat bijak dalam ilmu difinasi medical term, tak pernah nak marah bukan, suka diusik oleh kawan-kawan Allahyarham, suka beribadat, di hostel bilik dia no 1, Kami semua merasa kehilang Allahyarham, tetapi Allah lebih sayangkan Allahyarham.Sesuatu pekara Allahyarham sangat serius berbicara. Dikhabarkan beliau meninggal dirumahnya di Pokok sena jatuh didalam perigi rumahnya. Kepada kawan kita baca blog ini silalah hantar gambar jika ada...ke kpppas.gmail.com Al-Fatihah ...Amin

Masih ingat kawan kakak ni ?



Hello...kawan2 bath 1 dan 2 masih ingat tak lagi...,rasa-rasa macam kenal...le. Tak silap editor , dia masih lagi kerani (dulu la kerani la nie Pembantu Tadbir) entah dah C.C...maklumat saya dapat dari http://apeq4ever.blogspot.com/ , blog dia tak introd kita dah lupa dah...tapi kami masih kenal kakak ni...senyuman masih dalam ingatan...timbul persoalan...ia masih keje kat Kolej ke...? kalau keje mesti dah naik cc dah. sapa ada maklumat pass pass ye...





Friday 10 April 2009

Continuing Professional Development (CPD) Bagi Penolong Pegawai Perubatan

Continuing Professional Development (CPD) atau Continuing Professional Education (CPE) adalah satu proses dimana ahli-ahli dalam satu-satu profesion mengekal, meningkat dan memperluaskan pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan personal qualities yang diperlukan dalam kehidupan kerjaya profesional tersebut.
CDP juga boleh didefinisikan sebagai:
"the holistic commitment to structured skills enchancement and personal or profesional competence." (DTI,2002)
Dalam konteks PPP, sebagai suatu profesion yang professional, pelaksanaan CPD merupakan satu langkah yang amat tepat ke arah mengekal dan meningkatkan tahap profesionalisma profesion ini. Justeru, dengan adanya buku log CPD bagi PPP ini ia juga akan melengkapkan lagi pembelajaran sepanjang hayat PPP masakini.
Selain itu, melalui CPD ini PPP boleh mendapat mata (point) yang akan dikumpul diakhir tahun bagi mendapat pengiktirafan selaras dengan garispanduan yang disediakan oleh KKM (Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 19 tahun 2008).
Bagi pelaksanaan CPD ini Lembaga telah membuat beberapa cadangan seperti dibawah

Diharap dengan adanya CPD ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisma PPP sejajar dengan tuntutan semasa.Anda boleh mendapatkan CPD ini dialamat berikut:
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=383

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan di 11, Jln Reko Sentral 9. Kajang oleh pihak pemaju telah dilakukan pada 21hb Feb 2009 jam 10.00 pagi. Maka tercatitlah sejarah kepada semua Penolong Pegawai Perubatan akan impian kita untuk memiliki bangunan profesion kita. Persatuan masih memerlukan RM 150,000 lagi untuk menyelesaikan baki harga bangunan tersebut. Sumbangan dari semua PPP masih diperlukan dan saranan ditujukan kepada PPP yang masih belum menyumbang untuk membuat demikian kepada pihak Persatuan. * Kepada semua PPP dan ahli keluarga yg ingin menyewa bangunan bagi menjalankan kegiatan ekonomi, sila hubungi pihak Persatuan . Kadar sewa Aras Bawah (Ahli MAMA/NUMA) RM 3,000 dan bukan ahli RM 3,500. Kadar sewa Aras 1 (Ahli-RM 2,000 dan bukan Ahli RM 2,500).

Pengumuman dari PPP Malaysia

Pihak KKM telah mengeluarkan Buku Panduan CPD bagi semua PPP . CPD telah diwajib kepada semua PPP bertugas di KKM sepertimana diwajibkan kepada Pegawai Perubatan & Pegawai Farmasi. Sila gunakan Buku Log seperti dalam Buku Panduan atau tuan boleh menggunakan CPD Online di laman web MOH dan daftarkan diri anda. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lembaga Pembantu Perubatan. Kepada Penyelia/PPP Kanan, pastikan PPP bawah jagaan mendapat points mencukupi bagi satu-satu tahun. Sekian, harap maklum.Last Updated on Monday, 12 January 2009 12:42

Radio Kedah FM online - Selamat Mendengar