Glitter Text

Friday, 24 April 2009

Al-Fatihan Kpd Allahyarham Abdul Rahim

Kepada kawan kita semua pakat-pakat kita sedekahkan Fatihah untuk Abdul Rahim(Prof), Semoga Allah ditempatkan di tempat orang yang beriman. Beliau merupakan seorang yg senyum selalu, dalam kelas dia yg amat bijak dalam ilmu difinasi medical term, tak pernah nak marah bukan, suka diusik oleh kawan-kawan Allahyarham, suka beribadat, di hostel bilik dia no 1, Kami semua merasa kehilang Allahyarham, tetapi Allah lebih sayangkan Allahyarham.Sesuatu pekara Allahyarham sangat serius berbicara. Dikhabarkan beliau meninggal dirumahnya di Pokok sena jatuh didalam perigi rumahnya. Kepada kawan kita baca blog ini silalah hantar gambar jika ada...ke kpppas.gmail.com Al-Fatihah ...Amin

Masih ingat kawan kakak ni ?



Hello...kawan2 bath 1 dan 2 masih ingat tak lagi...,rasa-rasa macam kenal...le. Tak silap editor , dia masih lagi kerani (dulu la kerani la nie Pembantu Tadbir) entah dah C.C...maklumat saya dapat dari http://apeq4ever.blogspot.com/ , blog dia tak introd kita dah lupa dah...tapi kami masih kenal kakak ni...senyuman masih dalam ingatan...timbul persoalan...ia masih keje kat Kolej ke...? kalau keje mesti dah naik cc dah. sapa ada maklumat pass pass ye...





Friday, 10 April 2009

Continuing Professional Development (CPD) Bagi Penolong Pegawai Perubatan

Continuing Professional Development (CPD) atau Continuing Professional Education (CPE) adalah satu proses dimana ahli-ahli dalam satu-satu profesion mengekal, meningkat dan memperluaskan pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan personal qualities yang diperlukan dalam kehidupan kerjaya profesional tersebut.
CDP juga boleh didefinisikan sebagai:
"the holistic commitment to structured skills enchancement and personal or profesional competence." (DTI,2002)
Dalam konteks PPP, sebagai suatu profesion yang professional, pelaksanaan CPD merupakan satu langkah yang amat tepat ke arah mengekal dan meningkatkan tahap profesionalisma profesion ini. Justeru, dengan adanya buku log CPD bagi PPP ini ia juga akan melengkapkan lagi pembelajaran sepanjang hayat PPP masakini.
Selain itu, melalui CPD ini PPP boleh mendapat mata (point) yang akan dikumpul diakhir tahun bagi mendapat pengiktirafan selaras dengan garispanduan yang disediakan oleh KKM (Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 19 tahun 2008).
Bagi pelaksanaan CPD ini Lembaga telah membuat beberapa cadangan seperti dibawah

Diharap dengan adanya CPD ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisma PPP sejajar dengan tuntutan semasa.Anda boleh mendapatkan CPD ini dialamat berikut:
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=383

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan

Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan di 11, Jln Reko Sentral 9. Kajang oleh pihak pemaju telah dilakukan pada 21hb Feb 2009 jam 10.00 pagi. Maka tercatitlah sejarah kepada semua Penolong Pegawai Perubatan akan impian kita untuk memiliki bangunan profesion kita. Persatuan masih memerlukan RM 150,000 lagi untuk menyelesaikan baki harga bangunan tersebut. Sumbangan dari semua PPP masih diperlukan dan saranan ditujukan kepada PPP yang masih belum menyumbang untuk membuat demikian kepada pihak Persatuan. * Kepada semua PPP dan ahli keluarga yg ingin menyewa bangunan bagi menjalankan kegiatan ekonomi, sila hubungi pihak Persatuan . Kadar sewa Aras Bawah (Ahli MAMA/NUMA) RM 3,000 dan bukan ahli RM 3,500. Kadar sewa Aras 1 (Ahli-RM 2,000 dan bukan Ahli RM 2,500).

Pengumuman dari PPP Malaysia

Pihak KKM telah mengeluarkan Buku Panduan CPD bagi semua PPP . CPD telah diwajib kepada semua PPP bertugas di KKM sepertimana diwajibkan kepada Pegawai Perubatan & Pegawai Farmasi. Sila gunakan Buku Log seperti dalam Buku Panduan atau tuan boleh menggunakan CPD Online di laman web MOH dan daftarkan diri anda. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lembaga Pembantu Perubatan. Kepada Penyelia/PPP Kanan, pastikan PPP bawah jagaan mendapat points mencukupi bagi satu-satu tahun. Sekian, harap maklum.Last Updated on Monday, 12 January 2009 12:42

Wednesday, 8 April 2009

RE - UNION DIBATALKAN

Atas , sebab masalah tak dapat dielakan , dengan ini pihak penganjur membatalkan Majlis ini dan akan ditunda pada hari yang akan ditetapkan kelak. Pekara ini disebabkan jumlah individu yang ingin sertai tidak menepati sasaran hanya 1/4 daripada jumlah 91 org yang berhajat. pengajur tidak boleh berbuat apa-apa jika pekara ini berlaku. Bukannya mudah untuk membawa bertemu kawan handai bertemu disatu tempat berbagai masalah dan juga alasan akan diberikan oleh sesetengah individu untuk tidak hadir, walaupun tarikhnya lambat lagi..
dan bagi mereka yang betul ada sebab penting tidak mengapa, kami faham dan memang tidak dapat dielakan...Kami sudah berusaha menjayakan program ini , inilah yang kami mampu

" Pihak pengajur akan cuba pada tarikh lain mungkin di Kuala Lumpur ( center )" Sebenarnya bukannya jauh dekat sebagai ukuran tapi perasaan kekawanan itu yang ada"

Bukan juga kos jadi ukuran , kerana kita sudah berkerja , bukan pelatih lagi mendapat RM345 sebulan tapi sudah RM3XXX sudah..."

Yang penting setia kawan semasa suka duka selama 3 tahun bersama , tak akan dilupai oleh setiap orang" apa salah 2 hari kita bertemu..

Lu Fikir la sendiri.


"Terima kasih kepada mereka yang ingin berminat" Anda kawan yang setia"

Radio Kedah FM online - Selamat Mendengar