Glitter Text

Friday, 27 March 2009

Jumpa balik Kawan !!


Gambar 1 . kawan kita panjang..zamri..(zam perak)..Gambar 2 kawan kuat pesatuan PP, amin zafri sama duduk sama rendah, gambar 3 dengan Hamzi org kedah (dlm kedah pun tak jumpa).
Bagus juga ..rupanya bila ada kursus atau persidangan, masa inilah kita dapat berjumpa kawan lama , yang lama hilang tak dapat dihubungi....betapa seronak bila cerita kisah lama dan gelak ketawa...dikenang balik masa lalu...

PERSIDANGAN PPP DIKOTA BAHRU MAC 09




Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana rakmatnya semua ppp berjaya mengadakan kurus Persidangan PPP di Hotel Renaissance Kota Bahru ,kelantan pada 12-14 Mac 2009. Terdapat lebih kurang 100 peserta yang hadir diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Tujuan kursus ini diadakan adalah bertujuan memperkasakan Profesionalisma dan amalan etika supaua lebih efisyen dalam penyampain perkhidmatan kepada pelanggan. Disamping itu juga ia bertujuan meningkatkan mutu kerja dalam profesion PPP dengan globol yang mencabar.
Persidangan ini juga secara tak langsung menemukan kawan2 lama yang tidak dapat dihubungi setelah perpisah semasa selepas pengajian di kolej masing-masing. Semoga dengan apa yang ditemukan akan dapat bertukar pengalaman dan juga idea yang ada bagi membina untuk diguna pakai samaada ditempat kerja atau diluar tempat kerja

Thursday, 26 March 2009

PEMBANTU PERUBATAN KUMP. 1/1993-1996


Masih ingatkah anda semasa kita melaporkan diri disini, bermulalah kerjaya kita sebagai Pembantu Perubatan, tidak tahu erti medical...sekarang dah pun pandai segalanya. Mungkin sahabat rasa apa yang saya rasa untuk menjadi MA amat begitu susah payah mentelaah mata pelajaran perubatan. Apapun semua itu, telah begitu cepat ditelan masa. sekarang sudah hampir 13 tahun berkerja tetap dalam kesihatan, telah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Disini editor berharap dapat mengambil kesempatan ini, semoga sahabat2 kumpulan 1 tahun 1993-1996 dapat berkumpul pada malam Re-Union dicadangkan di Langkawi pada 1 May 2009.
Semoga bertemu disana. Luangkan masa anda kerana saat ini jangan dilepaskan..susah nak diketemukan. Sahabat anda mungkin menanti anda dan anda menanti sahabat.
Editor Blog.

Radio Kedah FM online - Selamat Mendengar